Haji Hassan Pendekar adalah gelarannya atau nama sebenarnya haji Hassan Bin Haji Mahat (dalam bulatan) |
Haji Hassan Haji Mahat (Hj Hassan Pendekar)
Hj
Hassan Hj Mahat merupakan ninda kepada almarhum Hj Hamid Hj Hamzah
iaitu bapa kepada Hj Hamzah. Di beri gelaran ’Pendekar’ oleh Almarhum
Sultan Ibrahim kerana kemashyuran dan ketokohannya dalam dunia
persilatan. Ketika remaja Hj. Hassan Pendekar dan ayahnya berniaga
ternakan ayam dan itik dari Kesang ke Singapura dan Kelang. Beliau
berketurunan Bugis telah berpindah ke Sungai Mati, Muar dari Kesang
setelah Sultan Ali menyerahkan Kesang kepada Almarhum Sultan Abu Bakar.
Hj
Hassan Pendekar memiliki tubuh yang kecil mula mendalami ilmu
persilatan dari ayahnya iaitu Hj Mahat pada usia remaja. Kemudian dia
berguru pula dengan Hj Dollah Telok Mas yang terkenal dengan
kehandalannya di Telok Mas, Melaka. Hj Dollah juga mashyur dengan
gelaran ’Hj Dollah Polong’ kerana kepantasan pukulannya. Silat yang
sering di pelopori oleh Hj Dollah ialah Kuntau Telok Mas. Pada zaman
dahulu nama silat selalunya di ambil dari nama guru atau tempat asal
guru yang membawanya. Di bawah bimbingan Hj Dollah, Hj Hassan turut
mempelajari permainan senjata seperti keris, pedang, tumbuk lada, tekpi,
pedang-perisai dan tembong.
Beliau
kemudiannya telah mengajar ilmu persilatan ini di Sungai Mati, Muar.
Sepanjang hayatnya, Hj Hassan Pendekar sering di uji dan menerima
cabaran dari pendekar-pendekar melayu yang lain termasuk jga ahli kuntau
Cina dan India. Lantai serambi rumahnya banyak di penuhi kesan darah
kering pendekar kecundang mencubanya. Beliau juga pernah di cabar oleh
penjual ubat berbangsa Cina yang juga seorang guru Kuntau yang tahan
digilis oleh lori beberapa minggu sebelum meninggal. Malah, sebelum itu,
pernah almarhum Hj Ismail dan almarhum Aziz Bai sengaja menguji dan
menyerang Hj Hassan Pendekar dalam gelap tetapi serangan itu gagal
menewaskan Hj Hassan dan mereka berdua ditewaskannya.
Sebelum
meninggal dunia, Hj Hassan Pendekar telah mengijazahkan segala perkakas
persilatannya termasuk gendang, senjata dan buku catatan yang
mengandungi petua dan amalan kepada almarhum Hj Hamid dan Hj Ismail. Hj
Hassan Pendekar telah meninggal dunia pada tahun 1958 dalam usia sekitar
120 tahun. Anak beliau iaitu Hj Hamzah juga seorang pendekar terlebih
dahulu meninggal pada tahun 1942. Hj Hamzah tidak mengajar silat kerana
menghormati ayahnya Hj Hassan sebagai guru.
Antara
keistimewaan Hj Hasan Pendekar ialah bisa pukulan dan kepantasan
kakinya. Sewaktu di cabar, Hj Hassan sering menggunakan 3 teknik untuk
menumbangkan lawan-lawan iaitu buang dalam, buang luar dan petik. Beliau
juga turut mahir dan mengajar titik sasaran lemah pada badan (vital
point). Sebagai seorang yang terkenal dengan ilmu pendekar dan masak
asam garam hidup, tabiat biasa beliau bila membuat pertunjukkan atau
bertanding samada dalam atau di luar daerah ialah naik ke pentas
memperkenalkan diri dan mempelawa sesiapa sahaja yang tidak puashati dan
berhajat untuk mengujinya. Jika tiada yang berani, beliau menyuruh
orang ramai mencuba cucu-ciciknya yang berusia 10-12 tahun.
Menurut
almarhum Hj Ismail, perwatakan Hj Hassan Pendekar sebenarnya seorang
periang dan ceria serta tidak pandai berbohong walaupun akalnya panjang.
Menurutnya lagi ramai juga pencabar yang terkena tipu helahnya. Antara
pesanan beliau untuk anak cucunya ialah:
- Raja jangan di lawan nanti kita di halaunya tetapi jangan di rapik (rapat) nanti kita di kuda.
- Masak-masakkan pecah empat.
- Tak semua kayu boleh di buat batang tanjak.
No comments:
Post a Comment