KUALA LUMPUR: Bapa penyanyi rock negara, Awie, meninggal dunia
selepas sebulan terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan
Malaysia (PPUKM) kerana demam panas.
Othman Md Arof, 78, yang juga guru silat meninggal dunia di rumah
mereka di Kampung Cheras Baru, di sini, jam 12.10 tengah malam kelmarin
selepas arwah dibawa pulang dari PPUKM, petang kelmarin.
Menurut Awie, bapanya dimasukkan ke PPUKM sejak sebulan lalu selepas mengadu badan panas sebelum disahkan doktor menghidap demam panas.
“Sebulan mendapatkan rawatan di PPUKM, semalam (kelmarin) bapa
meminta kami adik-beradik membawanya pulang ke rumah kerana terlalu
rindukan anjung tempatnya berehat,” katanya.
Kata Awie, sebelum bapanya meninggal dunia, arwah sempat meninggalkan pesanan kepada sepupunya untuk disampaikan kepadanya supaya jangan pergi jauh.
“Saya tidak menyangka itu kata-kata terakhir arwah sebelum dia pergi, saya menganggap ini kehilangan yang saya rindui,” katanya. Katanya, bapanya bukan saja mendidik anak termasuk dirinya menjadi insan berguna malah mengajarnya ilmu mempertahankan diri.
Sumber : sini
Ada sesiapa tahu bapa Awie guru silat apa? sila emel kami di senitradisinegara@gmail.com
No comments:
Post a Comment