Terbitnya
nama Setiu adalah berasal daripada nama seorang pahlawan Bugis.
Peperangan antara Belanda dengan Bugis telah berlaku dalam tahun-tahun
1770an. Dalam peperangan tersebut pihak Belanda telah mendapat
kemenangan. Dengan kekalahan Bugis ini menyebabkan ramai orang-orang
Bugis lari meninggalkan negeri mereka. Antara
orang-orang Bugis tersebut termasuklah Tok Setiu. Tok Setiu merupakan
seorang Panglima Raja Bugis. Antara faktor yang menyebabkan beliau lari
selain daripada kalah berperang ialah kerana beliau tidak mahu hidup
bertuankan Belanda. Setelah
beberapa lama belayar Tok Setiu dan orang-orangnya pun tiba di
Terengganu. Negeri Terengganu pada masa itu di bawah pemerintahan Sultan
Ahmad II iaitu Sultan Terengganu yang ke X (1875 hingga 1881).
Apabila
Tok Setiu mendarat ke Terengganu, beliau pun menemui baginda Sultan
Ahmad untuk memohon menumpang tinggal di Terengganu, beliau menceritakan
perihal kedatangannya dan segala pahit maung semasa dalam pelayaran.
Baginda
Sultan Ahmad II telah bersetuju dan perkenankan permohonan Tok Setiu
dan orang-orangnya. Lalu Baginda titahkan kepada Tok Setiu supaya
mencari tempat yang sesuai utnuk dibuat perkampungan.
Setelah
meninjau kawasan-kaeasan di Negeri Terengganu, beliau telah memilih
sebuah tempat dan dinamakan Kampung Bukit Tok Setiu. Disinilah tempat
Tok Setiu dan orang-orangnya berkampung dan menjalankan kerja-kerja
harian mereka.
Pada
peringkat awal pendudukan Tok Setiu di Kampung Bukit Setiu, beliau
telah dilantik sebagai Ketua Kampung. Dalam pada inilah Tok Setiu
mendapat tentangan daripada Tok Itam dan orang-orangnya kerana berebut
satu kawasan. Oleh kerana tidak mendapat kata sepakat dan tolak ansur
antara mereka berdua, lalu berlakulah peperangan yang amat hebat selama 7
hari 7 malam. Dalam peperangan tersebut pihak Tok Setiu hampir menerima
kekalahan.
Memandangkan
hal yang demikianlah Tok Setiu memohon bantuan daripada Tok Serban
Kuning dari Mukim Batu Bertindan, Bukit Mahsuri. Dengan bantuan yang
diberikan oleh Tok Serban Kuning maka pihak Tok Itam telah mengalami
kekalahan. Kemenangan Tok Setiu telah mengukuhkan lagi kedudukanya
sebagai Ketua di Kampungnya dan menyebabkan pengaruh beliau semakin kuat
dan pengikutnya bertambah ramai.
Kekalahan
Tok Itam telah menyebabkan anak buahnya menyimpan dendam dan mereka
telah membuat batas sempadan dengan menanam suatu azimat. Tujuannya
adalah untuk mencegah daripada kemasukan binatang-binatang daripada
kampung lain. Ini jelas terbukti apabila seseorang yang hendak membawa
masuk kerbau dan lembu dengan tujuan untuk membelanya ataupun kenduri
kendara, binatang itu apabila melangkah saja ke garis sempadan tersebut
terus mati. Peristiwa ini telah berlaku berulang-ulang kali.
Semasa
pemerintahan Tok Setiu, beliau telah meninggalkan banyak jasa antaranya
membuat tandak-tandak sungai adalah bertujuan untuk memudahkan
pengaliran air dari sungai ke sawah-sawah. Pekerjaan penduduk-penduduk pada masa itu hinggalah sekarang ialah bertanam padi dan menoreh getah.
Selain
daripada bertugas sebagai Ketua Kampung, Tok Setiu juga berperanan
sebagai guru silat dimana ramai penduduk-penduduknya yang belajar
denganya. Dikatakan bahawa persilatan menjadi pokok utama dalam
kehidupan penduduk kampung Bukit Tok Setiu ialah kerana adanya satu
temasya pertandingan silat.. Temasya ini telah diadakan pada tiap-tiap
tahun.
Tok
Setiu meninggal dunia setelah bertikam dengan adiknya disebabkan oleh
fitnah dan dikuburkan berhampiran dengan rumahnya yang terletak di bawah
sepohon Berangan. Pokok Berangan telah ditebang manakala batu nisan
tidak dapak dikesan. Kawasan perkampungan Tok Setiu sekarang telah
dipenuhi dengan pokok-pokok getah dan semak samun.
Kemasyuran nama Tok Setiu telah mendorong kepada penduduk-penduduk kamping menamakan tempat itu sebagai SETIU hinggalah sekarang menjadi satu Daerah.
PENUTUP
Tok Setiu memainkan peranan yang besar dalam sejarah kehidupannya dan banyak jasa-jasa yang ditinggalkan oleh beliau. Hiburan seperti bersilat, Mak Yong, main gasing, belaga kerbau turut diadakan di kampungnya.
Sumber : sini
No comments:
Post a Comment